|
Pra
Kata
Bismillahir Rahmanir Rahim,
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Subhanahu
Wata’ala, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad Sallalahu ‘Alaihi Wassalam, Kaum Kerabat,
Sahabat-Sahabat serta Pengikut-Pengikut Baginda yang jujur
lagi setia hingga ke akhir zaman.
Pertama-tama saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
Jawatankuasa IT Jabatan Daerah Brunei dan Muara, kerana
telah dapat mengendalikan Laman Web Jabatan Daerah Brunei
dan Muara sendiri. Sesungguhnya usaha ini adalah
menggambarkan kepada kita bahawa dalam arus globalisasi di
mana dunia ini sudah semacam perkampongan global yang tidak
lagi ada sempadan, pengaruh kecanggihan IT yang banyak
mengubah cara kita bertindak, bukan hanya perkara yang
berkaitan dengan hidup bermasyarakat, kegiatan ekonomi malah
ia juga mengkehendaki kita mengambil sikap yang terbuka
kearah pengadaptasian penggunaan media-media elektronik
dalam penyebaran maklumat kepada khalayak masyarakat dalam
negara dan luar negara.
Jabatan Daerah Brunei dan Muara sentiasa peka kepada
perubahan-perubahan yang berlaku di dalam persekitaran ini.
Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab terhadap
pengurusan kemasyarakatan bagi Daerah Brunei dan Muara,
Jabatan ini sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat dan
menyediakan perkhidmatan secara yang cepat dan menepati
keperluan khususnya untuk penduduk Mukim dan Ketua-Ketua
Kampong.
Maka itulah pelancaran Laman Web Jabatan Daerah Brunei dan
Muara ini adalah sesuatu usaha yang sangat positif pada mana
kandungan-kandungan dalam Laman Web ini mengandungi pelbagai
aspek yang berkaitan dengan Jabatan khususnya
perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan serta juga
mengandungi maklumat-maklumat profil Mukim dan Kampong di
samping Laman Web-Laman Web yang diusahakan oleh
Majlis-Majlis Perundingan Kampong telah juga dipautkan
dengan Laman Web Jabatan Daerah Brunei dan Muara. Saya
yakin bahawa Laman Web Jabatan ini akan menjadi sumber
rujukan kepada Pengguna-penggunanya serta memudahkan mereka
berurusan seperti mendapatkan maklumat hal-hal yang
berkaitan dengan perlesenan, menyampaikan aduan-aduan serta
mengemukakan pertanyaan-pertanyaan. Maka itu kita
mengalu-alukan sebarang pandangan dalam sama-sama kita untuk
memantapkan lagi kerberkesanan Pengurusan serta jentera
pentadbiran Jabatan Daerah Brunei dan Muara, yang sekaligus
ianya dapat menyumbang ke arah mengwujudkan landasan yang
dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh setiap lapisan
masyarakat.
Sekian dan Wassalam.
DATO PADUKA HAJI MD YUSSOP
BIN BAKAR
PEGAWAI DAERAH BRUNEI DAN MUARA
06 Mei 2009.
|