|     LAMAN UTAMA   |     KERAJAAN     |     KEMENTERIAN & JABATAN       |        MENGENAI BRUNEI      |       BERITA ONLINE   |      HUBUNGI KAMI     |

Laman Utama
Profil JDBM
 - Sekapur Sirih

 - Visi / Misi

 - Sejarah

 - Carta Organisasi

Bahagian-Bahagian

 - Pentadbiran dan  Kewangan

 - Melesen dan Penguatkuasaan

 - Insitusi Mukim dan Kampong

 - Kemajuan dan Pembangunan Daerah

 - Kampong Ayer

Hubungi Kami

 

Bahagian Melesen dan Penguatkuasaan

     Unit Perlesenan Jabatan Daerah Brunei dan Muara berperanan dalam hal ehwal pemprosesan lesen-lesen perniagaan khususnya Lesen Rampaian samada untuk permohonan  baru ataupun permohonan memperbaharui Lesen Rampaian.

     Selain itu, Pegawai Daerah Brunei dan Muara juga merupakan pengerusi bagi Lembaga Melesen Daerah Brunei dan Muara dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada:

      Ketua Pengarah Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi

      Pegawai Kesihatan Daerah Brunei dan Muara

      Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa

      Pengarah Badan Industri dan Kemajuan Negara (BINA)

      Pesuruhjaya Tanah

Bukan Ahli:

      Pengarah Bomba dan Penyelamat

     Fungsi utama Unit Perlesenan adalah selaku pengeluar Lesen Rampaian perniagaan bagi premis/ kedai yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara disamping berperanan dalam memastikan setiap permohonan tersebut mendapat persetujuan daripada Ahli-Ahli Lembaga Melesen.

     Unit Penguatkuasaan pada dasarnya berperanan dalam memantau setiap jenis perniagaan yang memerlukan lesen perniagaan mempunyai Lesen Rampaian yang sah khususnya yang dibawah kawalan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

     Disamping itu, Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Brunei dan Muara juga berfungsi dalam membuat pantauan dengan menjalankan operasi-operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasa Jabatan yang lain.

     Adalah menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang dibawah Akta Lesen-Lesen Rampaian Seksyen 3, Penggal 127, 1983 dimana kesalahan menjalankan perniagaan tanpa Lesen Rampaian boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi $10,000.00 (Sepuluh Ribu Ringgit).

< Kembali ke Laman Utama

 
 
   
 
    

 

Powered By IT Action Team JDBM. Hakcipta Terpelihara @ 2008 JDBM.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian |

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox versi 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 X 768
Tarikh akhir kemaskini pada 16/12/2008